Sunday, June 21, 2009

kekayaan jiwa....


asalamualikum? sudah lama saya tidak menulis article didalam blog ini. saya sebenarnya malas untuk membuat alasan bahawa saya tidak mempunyai masa untuk menulis. sebenarnya kita semua banyak masa kalau pandai menguasainya, walaupun kehidupan kita sehari hari banyak commitment yang perlu kita selesaikan. kita sebagai manusia perlu membuat perubahan. maksudnya perubahan dalaman dan perubahan luaran. tetapi sebelum perubahan luaran dicapai kita perlu mengubah dalaman kita dulu. kerana apa apa yang anda capai dan dapat dalam kehidupan anda pada masa ini adalah hasil dari gambaran dalaman kita. jika sekiranya sebelum ini kita selalu becakap mengenai yang negative, kita bercerita mengenai dengan boss tempt kita berkerja tidak memuaskan, gaji kita tidak cukup, kesehatan kita kurang memuaskan, anak anak kita degil, isteri ataupun suami kita kurang menunjukan kasih sayang, harga minyak naik, kita bercerita mengenai dengan penyakit yang melanda dunia kita masa ini dan bermacam macam lagi yang kita cerita kan dengan kawan kawan ataupun siapa siapa saja. ini adalah gambaran dalaman kita, jika kita teruskan begini tanpa berusaha megubahnya selama mana pun kita hidup didunia ini, kita akan menjadi manusia yang rugi. sebabnya bukan harta, wang ringgit, kereta sport, rumah besar, pangkat besar dll yang membuatkan kita bahagia. kebahagian sebenarnya ada didalam kita, bukan nya benda material yang kita sandarkan untuk kebahagian kita. dengan kita mengujudkan rasa kebahagian dengan bersandarkan kepada ALLAH , ianya dengan semulajadi segala yang luaran ini akan hadir dalam kehidupan anda tanpa dipaksa paksa. makanya mulai hari ini jadilah kita manusia yang kaya raya dengan harta benda dan lebeh lebeh lagi kaya dengan ibadah, akhlak yang mulia supaya kita beroleh kebahgiaan didunia ini dan diakhirat nanti, amin....

0 comments:

Post a Comment