Thursday, June 25, 2009

quranic law of attraction


alhamdulilah kali ini saya ingin memperkenalkan sebuah buku yang menghuraikan mengenai dengan hukum tarikan ataupun law of attraction yang berlandaskan alquran,  penulisnya saudara Rusdin s.Rauf. sebenarnya sebelum buku ini saya temui saya ada mempunyai satu pengalaman yang magik bagi saya. sebelum ini saya telah banyak membaca dan mengkaji tentang hukum tarikan ini dari buku2 keluaran dari barat. satu hari sedang saya berehat2, saya berniat didalam hati "semoga suatu hari nanti saya akan bertemu dengan sebuah yang menghuraikan mengenai dengan LOA ini didalam bahasa melayu yang berkonsepkan islamic, selepas itu saya membuat visualisasi dan merasakan yang saya telah menemui buku tersebut. sekarang buku quranic law of attraction telah berada ditangan saya dengan izin ALLAH. subahanallah hebatnya ilmu ALLAH. berbalik kita kepada buku quranic LOA tadi, saya baru selesai membacanya, dan saya akan membacanya sekali lagi nanti. didalam buku ini saurdara Rusdin menerangkan bagaimana LOA ini diajarkan didalam alquran, bagaimana alquran menyuntik kekuatan kedalam nurani kita, keimanan dan hukum tarikan, bagaimana mengundang pertolongan tuhan, dan bermacam macam lagi yang dihuraikan. saya amat menyarankan anda memdapatkan buku ini insyallah dengan izin Allah anda akan menjadi manusia yang hebat didunia dan diakhirat.

Sunday, June 21, 2009

kekayaan jiwa....


asalamualikum? sudah lama saya tidak menulis article didalam blog ini. saya sebenarnya malas untuk membuat alasan bahawa saya tidak mempunyai masa untuk menulis. sebenarnya kita semua banyak masa kalau pandai menguasainya, walaupun kehidupan kita sehari hari banyak commitment yang perlu kita selesaikan. kita sebagai manusia perlu membuat perubahan. maksudnya perubahan dalaman dan perubahan luaran. tetapi sebelum perubahan luaran dicapai kita perlu mengubah dalaman kita dulu. kerana apa apa yang anda capai dan dapat dalam kehidupan anda pada masa ini adalah hasil dari gambaran dalaman kita. jika sekiranya sebelum ini kita selalu becakap mengenai yang negative, kita bercerita mengenai dengan boss tempt kita berkerja tidak memuaskan, gaji kita tidak cukup, kesehatan kita kurang memuaskan, anak anak kita degil, isteri ataupun suami kita kurang menunjukan kasih sayang, harga minyak naik, kita bercerita mengenai dengan penyakit yang melanda dunia kita masa ini dan bermacam macam lagi yang kita cerita kan dengan kawan kawan ataupun siapa siapa saja. ini adalah gambaran dalaman kita, jika kita teruskan begini tanpa berusaha megubahnya selama mana pun kita hidup didunia ini, kita akan menjadi manusia yang rugi. sebabnya bukan harta, wang ringgit, kereta sport, rumah besar, pangkat besar dll yang membuatkan kita bahagia. kebahagian sebenarnya ada didalam kita, bukan nya benda material yang kita sandarkan untuk kebahagian kita. dengan kita mengujudkan rasa kebahagian dengan bersandarkan kepada ALLAH , ianya dengan semulajadi segala yang luaran ini akan hadir dalam kehidupan anda tanpa dipaksa paksa. makanya mulai hari ini jadilah kita manusia yang kaya raya dengan harta benda dan lebeh lebeh lagi kaya dengan ibadah, akhlak yang mulia supaya kita beroleh kebahgiaan didunia ini dan diakhirat nanti, amin....