Monday, February 23, 2009

persistent




pada hujung tahun lepas 2008 saya telah membawa isteri serta anak saya bercuti ke kuala
lumpur. tengah2 berjalan dikawasan masjid india saya telah ternampak seorang abang yang
cacat anggota tubuh badannya sedang berjual tissue. saya terus ambil gambar kerana saya
kagum dengan abang ini kerana, walaupun disekeliling tempat nya berniaga itu terdapat
beratus2 buah kedai yang berjual bermacam2 aneka barang tetapi dia tetap juga berniaga .
kalau anda bagaimana? dapatkah anda bayangkan sekiranya anda yang menjadi abang ini?
adakah anda meneruskan perniagaan anda? sekecil mana pun perniagaan itu kalau ianya
dibuat dengan sungguh2, penuh dengan minat, tanpa lemah semangat, tanpa menhiraukan
kata yang meruntuhkan semangat dari orang sekeliling, penuh dengan keyakinan pasti akan
membuahkan hasil. kita tidak tahu mungkin abang ini akan menjadi jutawan dalam masa
setahun dua ini. atau mungkin abang ini adalah seorang jutawan yang kita tak sedari
kehadirannya. jangan pandang manusia dari penampilannya, kadang2 penampilan saja hebat
tapi didalam belum tahu hebat. jadi kita mahu menjadi hamba ALLAH yang penampilanya hebat
dan sudah pasti dalaman kita juga hebat. insyallah pasti kita mendapat keberuntungan didunia
ini, dan lebeh2 lagi diakhirat kelak aminnn....





Sunday, February 15, 2009

unlimited....


Dunia tempat kita hidup ini penuh dengan keindahan dan kecukupan yang telah ALLAH SWT sediakan. makanan, wang ringgit, kesehatan, keharmonian, kebahgiaan dan sebagainya telah tersedia hanya menunggu kita untuk memetiknya. jangan batas kan diri kita ini untuk memiliki semua keindahan dan kecukupan ini. kita ini tidak ada batasan untuk memiliki nya. segala batasan itu hanyalah wujud DIMINDA kita. kita sendirilah yang menguwujudkan segala kekayaan, kebahgiaan, kesengsaraan, kemiskinan dan sebagainya didalam minda kita. jika kita melihat dunia ini penuh dengan keindahan dan penuh dengan kecukupan itulah yang akan kita alami, kalau kita melihat dunia ini penuh dengan kekurangan dan kesengsaraan itulah juga yang bakal kita alami dalam hidup kita. ia mengikut persepsi kita. mulai hari ini rasakan dan lihat dimata minda kita yang kita ini hidup penuh dengan kehebatan dan kesenangan yang tidak ada batasnya.

Thursday, February 12, 2009

raymond rulezzz...


Anda semua mungkin tertanya tanya siapakah jejaka didalam gambar pada blog kali ini. Inilah dia RAYMOND CHUA dari negeri jiran kita singapura. tujuan saya untuk memperkenalkan nya pada semua pembaca blog ini kerana raymond telah banyak membantu saya dalam mempelajari mengenai dengan LAW OF ATTRACTION (LOA) sehingga hari ini. sebenarnya banyak blog dan website yang mengentengahkan mengenai dengan LOA ini, tapi bagi saya raymond chua mempunyai gaya nya tersendiri untuk menghuraikan topic mengenai dengan LOA ini. dengan gaya bahasanya yang mudah difahami oleh siapa siapa saja. so bagi siapa siapa yang berminat untuk mendalami lagi ilmu mengenai dengan LOA ini silalah melawat ke halaman beliau dan anda bolehlah bertanya kepadanya apa apa saja kemuskilan mengenai dengan LOA . he is amongst one of the best LOA guru.....http://www.attractingyourgoals.com/

THE SECRET












hari ini, saya ingin mereview sedikit mengenai dengan salah satu buku kegemaraan saya iaitu THE SECRET oleh Rhoynda Byrne. mungkin ada diantara anda pernah terlihat atau pun pernah membaca buku ini. bagi anda yang baru megenali atau ingin megetahui lagi mengenai dengan hukum tarikan atau LAW OF ATTRACTION, ini adalah diantara salah satu buku yang terbaik bagi menghuraikan hukum tarikan ini. So check it out......

Wednesday, February 11, 2009

Apa Mindset anda?


didalam dunia ini ada 5 jenis mindset.

1. orang yang mindsetnya terlalu miskin

2.orang yang mindsetnya miskin

3.orang yang mindsetnya pertengahan kaya

4.orang yang mindsetnya kaya

5.orang yang mindsetnya terlalu kaya


orang yang pertama berfikir dari hari kesehari, orang kedua berfikir dari seminggu keseminggu, orang yang ketiga berfikir dari sebulan kesebulan, orang ke empat berfikir dari setahun kesetahun dan orang yang kelima berfikir jangka sepuluh tahun kehadapan. Jadi kesemua 5 kumpulan orang ini sebenarnya hanya ada 3 tujuan diminda mereka.


1. orang yang terlalu miskin dan orang miskin mindset mereka hanyalah untuk hidup dari sehari ke sehari.

2. orang yang pertengahan kaya mindset mereka hanyalah untuk hidup selesa

3. orang yang kaya dan terlalu kaya minset mereka adalah untuk kebebasan hidup.


nampak tak perbezaanya? jadi tanyalah diri anda sendiri, anda tergolong dalam kumpulan orang yang mindsetnya yang bagaimana?


Tuesday, February 10, 2009

fokus?????


apa kah yang anda fokuskan setiap hari? bagi pengalaman saya kita selalunya fokus kepada apa saja yang kita tak mahu. saya bagi contoh supaya anda tidak bingung, misalanya aku tak mahu miskin, aku tak mahu sakit, aku tak mahu bercerai, aku tak mahu kehilangan pekerjaan, aku tak mahu susah, aku tak mahu girlfriend ku dirampas orang dan bermacam macam lagilah katakan. anda faham sekarang apa yang saya maksudkan? anda bersetuju dengan apa yang telah saya senaraikan? kita fokus kan tenaga kita kepada apa saja yang kita tak mahu, sebab itulah semakin banyak anda menarik segala yang kita tak mahu kedalam hidup anda. teruskan mengikuti article yang akan datang,  saya cuba menghuraikan lagi dengan lebeh jelas, 

solution: POSITIVE FEELING GENERATE POSITIVE ENERGY
                   WHICH ATTRACT MORE POSITIVE THINGS INTO
                   OUR LIFE!!!!!!

Monday, February 9, 2009

hari ini......


Apakah yang anda fikirkan pada hari ini, apakah perasaan anda pada hari ini? positive atau
negative? ada yang bangun dari tidur terus memikirkan masaalah wang, masaalah
keluarga, masaalah ditempat berkerja, masaalah dengan kawan kawan dan bermacam macam
lagi yang difikirkan. Sebab itulah hidup anda yang anda lalui penuh dengan tekanaan
perasaan, setiap hari anda tidak bersemangat untuk meneruska kehidupan anda. Sebenarnya
anda sendirilah yang menarik segala pengalaman, situasi, perasaan. keewangan dan seterusnya
kedalam hidup anda. anda mahu menarik yang positive kedalam hidup anda berubahlah kepada
yang positive, kalau anda mahu kehidupan anda kekal dalam keadaan yang negative teruskan
kerana itu pilihan anda . saya tidak dapat merubah kehidupan anda semua, itu hak anda. jadi
ceria ceriakanlah kehidupan anda setiap hari.

Sunday, February 8, 2009

fikirkan lah....


Asalamualikum hari ini saya masukkan satu kata kata azimat daripada tokoh terkenal HENRY FORD dan renugkan dan fikikan apakah yang tersirat didalam ayat yang diungkap kan olehnya




The Power Of Words


Pernah tak awda semua terfikir, apakah kata kata yang terkeluar setiap saat dari mulut kita? adakah ianya mengeluarkan kata2 yang positive ataupun negative? ya betul, kebanyakannya adalah kata kata yang negative. Kita sering mendengar kata2 yang negative apabila kita berada dirumah, dipejabat, dikedai minum dan dimana mana saja kita berada, ada yang tidak berpuas hati dengan majikan tempat dia berkerja, ada yang mengeluh duit gaji nya tidak cukup, ada yang mengeluh yang penyakitnya tidak sembuh sembuh, dan bermacam macam lagi . inilah antara contoh kata kata yang negative yang sering bermain dibibir , dan diminda kita dan ianya menjadi kebiasaan kepada kita. ianya akan berakar umbi didalam minda separa sedar kita dan seterusnya menjadi tabiat kita sehari hari .inilah salah satu penghalang kepada kita, penghalang kepada kecemerlangan , potensi, kehebatan kita, dan sebab itulah juga kita tidak berapa maju dalam kehidupan kita sehari hari seperti terasa ada yang tidak kena dalam kehidupan kita ini. kita pasti boleh mengubahnya........

Salam Perkenalan....


"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.


Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan


Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia


dengan perantaraan Qalam”. (al-Alaq – ayat 1-4)






Asalamaulaikum, kepada semua pencinta pencita blog semua, sebagaimana yang anda semua ketahui bermacam macam blog yang telah wujud masakini, antaranya blog mengenai kepuasan diri, ekonomi, portfolio, komunikasi, kenalan,minat, ilmu, hiburan, politik, komersial diri dan bermacam macam lagi jenis jenis blog ini. tidak terkecuali juga blog yang saya lahir kan ini untuk sama sama memeriahkan lagi dunia blogger ini. Blog MOTIVASI SANA SINI ini adalah sebuah blog mengenai motivasi diri, untuk mengeluarkan potensi diri kita yang dari yang kurang baik kepada menjadi seorang manusia hebat didunia ini dan diakhirat nanti insyallah.sama juga seperti sebuah kereta, jika tidak diservice pasti tidak dapat berjalan dengan lancar dan tidak sampai ke destinasi yang akan dituju. begitu juga dengan kita manusia, kita perlukan motivasi untuk kelancaran kehidupan kita didunia ini dan seterusnya menuju kedestinasi kita diakhirat nanti.mungkin ada diantara blogger diluar sana kurang mengetahui dari mana asal dan sejarahnya dunia blog ini. Nama web log diwujudkan oleh JOHN BARGER pada disenber 1997 manakala singkatan BLOG itu pula terhasil setelah PETER MERHOLZ menggunakan ayat "we blog" pada laman web peribadinya dan kini ianya menjadi semakin popular dan digunakan oleh orang ramai sehingga ke hari ini. sehingga kita berjumpa lagi teruskan bersama MOTIVASI SANA SINI!