Monday, March 16, 2009

you've got to read this book!


buku yang saya ingin perkenalkan hari ini ialah "you've got to read this book! oleh jack canfield dan gay hendricks. kedua2 penulis ini memang tidak asing lagi dalam dunia motivasi pembangunan diri. buku ini mengumpulkan 55 orang tokoh2 terkenal dari penulis, pelakon, karyawan, ahli sukan, ahli politik dan lain2 lagi. ia mengisahkan bagaimana buku yang pernah mereka baca mengubah kehidupan mereka, dari kehidupan mereka yang tertekan, kurang keyakinan diri, dari kehidupan yang dibelengu kemiskinan seterusnya menjadi seorang manusia yang berjaya dan hebat dan dikenali dunia. so kalau anda semua ingin tahu apakah buku2 yang pernah mereka baca dan seterusnya mempengaruhi kehidupan mereka, apalagi lawat2lah kedai2 buku yang berdekatan dengan anda.

Tuesday, March 10, 2009

happy setiap hari..


ceria2kanlah hari kita ini setiap hari, walaupun kita menghadapi berbagai2 masaalah. katakanlah pada diri kita, hari ini , adalah hari yang terindah bagiku, hari ini, adalah hari yang penuh dengan warna warni , hari ini, adalah hari yang penuh dengan keceriaan, hari ini, adalah hari yang penuh dengan kegembiraan, hari ini, adalah hari yang penuh dengan keberuntungan, dengan membuat affirmasi yang demikian kita menukarkan hari kita yang penuh dengan keboringan kepada hari yang penuh dengan keceriaan.

Thursday, March 5, 2009

visualization..


"A PICTURE PAINTS A THOUSAND WORDS" beri gambaran yang jelas difikiran kita ini, bahawa matalamat kita telah tercapai. Gambarkan diri kita ini 1 tahun atau 10 tahun akan datang. Dengan berimaginasi gambaran kita berjaya dimasa hadapan, ia juga akan membakar semangat kita untuk mencapai gambar tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran gambaran bukannya perkataan. Penuhi fikiran kita ini dengan gambaran kejayaan kita dimasa hadapan, insallah pasti tercapai, tidak ada yang mustahil selagi kita tidak berputus asa!

Wednesday, March 4, 2009

solat


solat adalah salah satu daripada rukun islam yang kelima. adakah saya, anda semua sudah mengerjakan suruhan ALLAH SWT ini? mengapakah segala suruhan dunia kita lakukan? tetapi mengapa suruhan solat ini kita ringan2 kan? cuba tanyakan pada diri kita sendiri, mengapakah aku kurang memberi perhatian pada suruhan solat ini. tidak sampai 10 minit pun kita sudah dapat mengerjakan setiap 5 waktu solat yang diwajibkan, mengapa kita sanggup bersukan, menonton wayang, bersembang dan sebagainya yang kadang2 mencecah berjam2. kita merasa senang hati apabila kita mendapat rezeki yang lebeh, kesehatan badan, ketenteraman kehidupan, kebahgiaan dan bermacam2 lagi rahmat yang kita terima. tetapi pernah kah kita semua terfikir dan berterima kasih kepada yang memberikan semua ini? jadi marilah kita semua fikirkan dan renungkan sedalam dalamnya......

Monday, March 2, 2009

Excuse me...




saya akan mereview dari masa ke semasa mana mana buku yang pernah saya baca. kali ini saya akan memperkenalkan lagi satu buku kegemaran saya iaitu Excuse me your life is waiting oleh lynn grabhorn. Seperti buku the secret, buku ini juga menghuraikan mengenai dengan hukum Law Of Attraction (LOA). ianya menghuraikan bagaimana perasaan kita memainkan peranan yang besar untuk menarik apa2 saja yang kita hajati, ramai orang menyangka bahawa hanya dengan berfikiran positif saja sudah cukup untuk kita menarik apa saja yang kita hajati, tetapi perasaan kita (feel good) adalah lebeh penting lagi. seperti kita berdoa, tidak cukup dengan hanya menadah tangan, tetapi kalau hati kita lalai, fikiran kita entah kemana, kita tidak menumpukan sepenuh nya kepada doa yang kita pohon kan dengan penuh perasaan pada ALLAH SWT bagaimana ianya akan dimakbulkan...

Monday, February 23, 2009

persistent




pada hujung tahun lepas 2008 saya telah membawa isteri serta anak saya bercuti ke kuala
lumpur. tengah2 berjalan dikawasan masjid india saya telah ternampak seorang abang yang
cacat anggota tubuh badannya sedang berjual tissue. saya terus ambil gambar kerana saya
kagum dengan abang ini kerana, walaupun disekeliling tempat nya berniaga itu terdapat
beratus2 buah kedai yang berjual bermacam2 aneka barang tetapi dia tetap juga berniaga .
kalau anda bagaimana? dapatkah anda bayangkan sekiranya anda yang menjadi abang ini?
adakah anda meneruskan perniagaan anda? sekecil mana pun perniagaan itu kalau ianya
dibuat dengan sungguh2, penuh dengan minat, tanpa lemah semangat, tanpa menhiraukan
kata yang meruntuhkan semangat dari orang sekeliling, penuh dengan keyakinan pasti akan
membuahkan hasil. kita tidak tahu mungkin abang ini akan menjadi jutawan dalam masa
setahun dua ini. atau mungkin abang ini adalah seorang jutawan yang kita tak sedari
kehadirannya. jangan pandang manusia dari penampilannya, kadang2 penampilan saja hebat
tapi didalam belum tahu hebat. jadi kita mahu menjadi hamba ALLAH yang penampilanya hebat
dan sudah pasti dalaman kita juga hebat. insyallah pasti kita mendapat keberuntungan didunia
ini, dan lebeh2 lagi diakhirat kelak aminnn....





Sunday, February 15, 2009

unlimited....


Dunia tempat kita hidup ini penuh dengan keindahan dan kecukupan yang telah ALLAH SWT sediakan. makanan, wang ringgit, kesehatan, keharmonian, kebahgiaan dan sebagainya telah tersedia hanya menunggu kita untuk memetiknya. jangan batas kan diri kita ini untuk memiliki semua keindahan dan kecukupan ini. kita ini tidak ada batasan untuk memiliki nya. segala batasan itu hanyalah wujud DIMINDA kita. kita sendirilah yang menguwujudkan segala kekayaan, kebahgiaan, kesengsaraan, kemiskinan dan sebagainya didalam minda kita. jika kita melihat dunia ini penuh dengan keindahan dan penuh dengan kecukupan itulah yang akan kita alami, kalau kita melihat dunia ini penuh dengan kekurangan dan kesengsaraan itulah juga yang bakal kita alami dalam hidup kita. ia mengikut persepsi kita. mulai hari ini rasakan dan lihat dimata minda kita yang kita ini hidup penuh dengan kehebatan dan kesenangan yang tidak ada batasnya.